WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan

  1. Bagaimanakah untuk membuat aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat?

 

Aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat bolehlah dibuat dengan mengisi borang aduan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat setiap hari bekerja.

 

  1. Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat?

 

Ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat sebagaimana berikut:

  • Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
  • Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
  • Memansuhkan Syariat Islam dan membuat syariat baru.
  • Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
  • Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang .
  • Percaya makhluk-makhluk seperti kayu,batu atau lain-lain ada kuasa mutlak.
  • Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
  • Menghalalkan nikah adik-beradik.
  • Meminta pertolongan terus dari orang yang telah mati.
  • Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
  • Mempercayai ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
  • Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.
  • Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS.
  • Sheikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
  • Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
  • Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS.
  • Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru/khalifah tarekatnya dan boleh menjamin dapat keampunan Allah SWT keatas dosa pengikutnya.
  • Amalan haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain juga boleh.
  • Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
  • Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib,menilik nasib seseorang.
  • Islam itu tidak sah jika tidak di islamkan oleh gurunya.
  • Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini.
  • Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalau tidak ditimpa bala.
  • Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu .
  • Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi boleh memberi syafaat kepada muridnya.
  • Mengaku dirinya dan gurunya maksum.
  • Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
  • Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
  • Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat.
  • Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib(tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
  • Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang bukan pengikut ajaran itu.
  • Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
  • Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang.
  • Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir.
  • Islam itu ada zahir dan batin : batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.
  • Mendakwa melalui tarekatnya Allah SWT menurunkan Nur(cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun- temurun ke dalam badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan iman-iman (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang tidak berakhir.
  • Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat nabi.
  • Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
  • Ibadat sembahyang berpada dengan “niat”(terlintas di hati).
  • Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui cara nikah batin.
  • Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
  • Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
  • Pengikut tarekat, mereka sahaja dijamin masuk syurga.
  • Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu,gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk.
  • Mempercayai bahawa dirinya (guru) atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat Mau’nah(pertolongan) Allah SWT.
  • Pengikutnya boleh menerima kekuatan luar biasa dari guru.
  • Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada dalam dirinya.
  • Guru mendakwa bahawa tugas-tugas rasul diamanahkan kepadanya.
  • Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu-satu hajat.
  • Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di Panca Budi di Medan atau di Medan sahaja.
  • Mendakwa jadi wali sedangkan ia bergelumang dengan maksiat.
  • Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita yang diminati oleh gurunya.
  • Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
  • Mengagong-agongkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
  • Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran,murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
  • Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW secara jaga.
  • Mematuhi membuta tuli ajaran gurunya melakukan kesalahan dan dosa.
  • Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki diuji didalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan gurunya tadi semasa didalam bilik tersebut.

 

 

  1. Apakah syarat-syarat perbomohan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam ?

 

Untuk memastikan amalan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, perkara-perkara berikut perlu dikenalpasti :

 

  • Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud disebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah, atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.

 

  • Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh daripada Rasulullah SAW, para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

 

  • Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali sheikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.

 

  • Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

 

  • Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat :

 

  1. Menggunakan ayat al-Quran
  2. Menggunakan bahasa yang difahami
  • Jangan mengiktikadkan bahwa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

 

  • Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemuajaan kepada berhala, iblis, syaitan, atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

 

  • Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran seperti songsang, Qui Huwallab dan lain-lain.

 

  • Tidak boleh menggunakan kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini dan jika tidak,begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).

 

  • Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.

 

  • Tidak boleh menggunakan perbuatan “menurun”,memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.

 

 

  • Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

 

 

SOALAN LAZIM BERKAITAN UNIT TAPISAN MEDIA, BAHAGIAN PENYELIDIKAN

 

 1.  Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya saya menemui sesuatu web/blog/facebook atau ruang media sosial yang lain yang menghina Islam atau mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam?

 

Sekiranya terdapat ruangan di mana-mana media sosial yang memaparkan atau mengandungi kandungan yang menghina Islam atau bertentangan dengan Islam, boleh membuat aduan kepada Unit Tapisan Media, Bahagian Penyelidikan JAHEAIK untuk di buat kajian dan semakan awal.

 

Sekiranya didapati kandungannya menghina Islam dan bertentangan dengan Islam, kes tersebut akan diangkat ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK bagi mencadangkan enakmen-enakmen yang bersesuaian dengan bidangkuasa Negeri untuk diangkat ke peringkat yang seterusnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan sekata

 

 2.  Apakah undang-undang atau enakmen yang digunakan untuk mengawal kandungan yang bercanggah dengan Islam di semua media cetak,elektronik dan media sosial dalam konteks Negeri Kelantan?

 

Undang-undang yang digunakan ialah :

  • Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
  • Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 1985.

 

 3.  Apakah cara pelupusan Al-Quran lama/rosak (atau mana-mana bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan Hadith) yang betul mengikut kaedah syarak?

 

Cara pelupusan Al-Quran lama/rosak yang betul dan menepati hukum syarak adalah seperti berikut:-

 

  1. Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran hendaklah dibakar secara keseluruhannya tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
  2. Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
  3. Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.
  4. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan Lazim Bahagian Pendidikan

  1. Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dengan institusi Latihan Awam yang lain?

Bahagian Pendidikan, JAHEAIK lebih memfokuskan kursus yang berkaitan dengan kaedah pengurusan organisasi dan kaedah penambahbaikan individu berasaskan agama dan pengetahuan am

 

  1. Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?

Pegawai Perkhidmatan dari agensi kerajaan dan badan korporat seluruh Negeri Kelantan dan Malaysia amnya iaitu:

  1. Agensi Kerajaan
  2. Badan Berkanun
  3. Agensi Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan
  4. Badan-badan Korporat dan lain-lain

 

  1. Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?
  2. Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunandalam Program Latihan Bahagian Pendidikan, JAHEAIK. Pada setiap awal bulan, Bahagian Pendidikan, JAHEAIK akan mengeluarkan surat tawaran kursus kepada pegawai agama Islam seluruh Negeri Kelantan dan agensi lain yang ditimbang kewajarannya.

 

  1. Pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAHEAIK atau menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di talian 09-7443633

 

  1. Bolehkah permohonan kursus dibuat secara online?

Bahagian Pendidikan, JAHEAIK belum menyediakan permohonan kursus secara online

 

  1. Adakah kursus anjuran ILID dikenakan sebarang bayaran?

Kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK adalah percuma kepada Pegawai Perkhidmatan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun

 

  1. Berapa tempoh kursus anjuran ILID?

Kursus jangka pendek anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK mengambil masa antara satu hingga tiga hari. Manakala kursus jangka panjang mengambil masa sehingga satu minggu

 

  1. Adakah pihak Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menyediakan kemudahan penginapan dan makan/minum kepada peserta kursus?

Kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK lengkap dengan pakej penginapan dan makan/minum

 

  1. Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?

Antara Kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK ialah:

  1. Surau
  2. Dewan/bilik kuliah berhawa dingin

c.Asrama

 

  1. Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dari dalam atau luar?

Kepakaran pegawai Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dalam bidang latihan adalah terhad dan kebergantungan. Justeru itu, Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menjalin kerjasama dengan agensi berikut untuk mendapatkan tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator:

  1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK)
  2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  3. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  4. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  5. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  6. Tenaga Profesional dari orang perseorangan

 

 

 

Soalan Lazim Bahagian Dakwah

  1. Adakah semua bahan bacaan keluaran JAHEAIK adalah untuk semua orang awam?

 

Ya, sebagai sebuah organisasi agama, JAHEAIK bertanggungjawab menyampaikan misi Dakwah kepada semua lapisan masyarakat melalui wadah-wadah yang bersesuaian samada bahan bercetak, elektronik ataupun siar raya. Unit Penerbitan di Bahagian Dakwah, JAHEAIK sentiasa mengalu-alukan orang ramai dalam semua lapisan, organisasi kerajaan dan juga swasta serta instituti masjid supaya mendapatkan bahan-bahan bacaan terkini yang terdapat di JAHEAIK.

 

  1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapat bahan-bahan bacaan percuma keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)?

 

Untuk mendapat bahan-bahan bacaan percuma terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), tuan/puan bolehlah memohon melalui secara online dengan mengisi BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK KELUARAN JAHEAIK. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan dikehendaki datang sendiri mengambil bahan bacaan tersebut.

 

  1. Bolehkah saya datang sendiri secara 'walk-in' untuk mendapat bahan-bahan bacaan tersebut?

 

Ya, tuan/puan boleh datang secara terus ke jabatan ini dan dikehendaki mengisi BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK KELUARAN JAHEAIK.

 

  1. Sekiranya saya ingin mengadakan sesuatu program, bolehkah saya memohon bahan-bahan bacaan keluaran JAHEAIK? Bolehkah saya memohon dalam kuantiti yang banyak?

 

Boleh. Walaubagaimanapun, tuan/puan mestilah terlebih dahulu memohon melalui surat rasmi pejabat/organisasi bagi menyatakan tujuan keperluan bahan bacaan tersebut. Kami akan meluluskan permohonan tuan/puan berdasarkan jumlah peserta yang terlibat.

 

  1. Bagaimanakah untuk saya mendapat khidmat penceramah daripada JAHEAIK?

 

Tuan perlu mengemukakan surat permohonan kepada jabatan ini sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program dengan menyatakan tarikh, tempat dan tajuk ceramah yang hendak disampaikan kepada alamat berikut:-

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim

Jalan Sultan Yahya Petra

15200 Kota Bharu KELANTAN

(u.p : Ketua Penolong Pengarah [Dakwah])

 

  1. Saya ada seorang kawan yang berminat dengan Islam dan beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam, dimanakah beliau boleh memeluk Islam dan bagaimanakah cara untuk saya membantu beliau dalam perkara ini?

 

Sekiranya beliau berada di Kelantan, tuan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di

  1. Bahagian Dakwah, JAHEAIK atau
  2. Pejabat Agama Jajahan yang berdekatan atau

iii. Mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach dan lain-lain atau

  1. Mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh Imam

Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke Bahagian Dakwah, JAHEAIK sendiri untuk mendaftar pengislaman beliau dan membawa dua keping gambar berukuran pasport dan kad pengenalan/passport yang masih sah beserta borang pendaftaran pengislaman.

Kemudian sahabat tuan perlu mendapatkan pengesahan di Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu dan membawa surat yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersama dua keping gambar bagi mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam.

 

  1. Apakah prosedur seseorang untuk memeluk Islam?

 

Seseorang yang ingin memeluk Islam perlu hadir ke Unit Dakwah Ukhuwwah, Bahagian Dakwah, JAHEAIK dengan membawa bersama beliau seorang saksi beragama Islam, kad pengenalan/passport yang masih sah dan empat keping gambar berukuran pasport

 

  1. Saya seorang saudara baru, dimanakah boleh saya belajar untuk saya mendalami dan mempelajari agama Islam

 

JAHEAIK dan MAIK ada menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran dan Fardhu Ain sepanjang tahun pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di samping kursus-kursus saudara baru yang lain. Sekiranya tuan berminat, bolehlah hadir ke Bahagian Dakwah, JAHEAIK untuk pertanyaan lanjut.

 

  1. Adakah JAHEAIK menganjurkan Kelas Pengajian Fardhu Ain atau program-program keagamaan?

 

JAHEAIK ada menganjurkan kelas pengajian kepada golongan tertentu iaitu Saudara Baru termasuk Orang Asli dan masyarakat terpilih. Manakala bagi program-program keagamaan diadakan secara berkala seperti Program Membina Generasi Solat, Program Membina Generasi Al-Quran, Kursus Pengurusan Jenazah dan sebagainya.

 

Saudara Baru dan Orang Asli : Ukhuwwah

MGS : Dakwah Halaqah

M@GQ : Dakwah Tarbiah

 

Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah

1.Saya ingin membuat aduan berkenaan kes Jenayah Syariah (khalwat, tidak sopan dan minum arak) di tempat saya. Bagaimanakah caranya?

Sila hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah atau Pejabat Agama Jajahan untuk memberi maklumat tersebut dengan mengisi borang aduan (Borang 5) atau sila hubungi talian hotline 24 jam Bahagian Penguatkuasa Agama iaitu 09-7419102.

 

2.Sekiranya saya membuat aduan terhadap sebarang kes jenayah syariah seperti khalwat, adakah maklumat peribadi saya akan dirahsiakan?

Maklumat peribadi anda adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

  1. Apakah tindakan selepas maklumat diterima?

Semua maklumat yang diterima akan diambil tindakan serta merta oleh Pihak Penguatkuasa Agama setelah pihak kami memastikan kesahihan maklumat tersebut

 

  1. Apakah jenis kesalahan yang berkuatkuasa di Negeri Kelantan?

 

  1. i) Kanun Jenayah Syariah (No. 2 tahun 1985)

- Perbuatan tidak sopan (Seksyen 5)

- Perkataan tidak sopan (Seksyen 6)

- Pondan (Seksyen 7)

- Menghasut perempuan bersuami @ lelaki beristeri supaya bercerai @ mengingkari  

  kewajipan dan tanggungjawab (Seksyen 8)

- Khalwat (Seksyen 9)

- Berkelakuan sumbang (Seksyen 10)

- Zina (Seksyen 11)

- Mukaddimah Zina (Seksyen 12)

- Bersubahat melakukan kesalahan zina (Seksyen 13)

- Liwat (Seksyen 14)

- Musahaqah (Seksyen 15)

- Hamil luar nikah (Seksyen 16)

- Melarikan isteri orang (Seksyen 17)

- Melacurkan isteri atau anak (Seksyen 18)

- Melacurkan diri (Seksyen 19)

- Melarikan perempuan (Seksyen 20)

- Menjual atau memberi anak (Seksyen 21)

- Menjadi muncikari (Seksyen 22)

- Menggalakkan maksiat (Seksyen 23)

- Takfir (Seksyen 24)

- Minuman yang memabukkan (Seksyen 25)

- Makan dalam bulan Ramadhan (Seksyen 26)

- Mengeji Pegawai Hal Ehwal Ugama Islam (Seksyen 27)

- Mengeji atau menghina Undang-Undang (Seksyen 28)

- Bersyubahat (Seksyen 29)

- Percubaan (Seksyen 30)

- Ingkar perintah Mahkamah (Seksyen 31)

 

 

 

  1. ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (No. 6 tahun 2002)

- Tidak hadir di hadapan pendaftar dalam masa yang ditetapkan (Seksyen 35)

- Pelanggaran terhadap Seksyen 32 (daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang) - (Seksyen 36)

- Gangguan terhadap perkahwinan (Halang Kahwin/kahwin paksa) (Seksyen 37)

- Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan (Seksyen 38)

- Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan (Seksyen 39)

- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan (kahwin tanpa

  kebenaran) - (Seksyen 40)

- Poligami tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 124)

- Perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 125)

- Tidak membuat laporan (Seksyen 126)

- Meninggal langsung isteri (Seksyen 127)

- Menganiayai isteri atau suami (Seksyen 128)

- Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri (Seksyen 129)

- Isteri tidak menurut perintah (Seksyen 130)

- Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan (Seksyen 131)

- Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai (Seksyen 132)

- Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah (Seksyen 133)

- Percubaan dan subahat (Seksyen 134)

 

 

iii) Majlis Agama Islam Kelantan 1994 (Bil. 4 tahun 1994)

- Masjid yang tidak diluluskan oleh Undang-Undang (Seksyen 103)

- Tidak Sembahyang Jumaat (Seksyen 104)

- Sembahyang Jumaat tanpa kebenaran (Seksyen 105)

- Tidak membayar Zakat atau Fitrah (Seksyen 106)

- Memungut dan membayar zakat dan fitrah tanpa mengikut peraturan (Seksyen 107)

- Enggan memberi maklumat taksiran zakat dan fitrah (Seksyen 108)

- Kesalahan-kesalahan amil (Seksyen 109)

- Makanan haram (Seksyen 110)

- Menggunakan harta benda wakaf tanpa kebenaran (Seksyen 111)

- Enggan menjelaskan hak baitulmal (Seksyen 112)

- Hasutan meninggalkan amalan fardhu (Seksyen 113)

- Mengeluarkan fatwa (Seksyen 114)

- Percetakan agama dan lain-lain (Seksyen 115)

- Memiliki buku-buku, majalah-majalah, dan lain-lain bertentangan dengan hukum Syarak

  (Seksyen 116)

- Mengajar tanpa kebenaran (Seksyen 117)

- Mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran (Seksyen 118)

- Ajaran salah (Seksyen 119)

- Mencerca agama (Seksyen 120)

- Mengeji pihak berkuasa atau pegawai majlis (Seksyen 121)

- Mempersendakan upacara agama (Seksyen 122)

- Engkar perintah kebawah DYMM Al-Sultan berkenaan awal Ramadhan dan Hari Raya  

  (Seksyen 123)

- Menyebabkan orang Islam keluar agamanya. (Seksyen 124)

- Menghalang kegiatan Islam (Seksyen 125)

- Mengaku wali (Seksyen 126)

- Pemujaan salah (Seksyen 127)

- Memungut khairat tanpa kebenaran (Seksyen 128)

- Kesalahan menggunakan wang atau harta (Seksyen 129)

- Bersubahat (Seksyen 130)

- Percubaan (Seksyen 131)

- Memecahkan rahsia (Seksyen 132)

- Engkar menurut perintah (Seksyen 133)

- Kesalahan-kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya (Seksyen 134)

- Enggan mendaftar sekolah dan institusi pengajian agama (Seksyen 135)

- Menyalahgunakan ayat-ayat suci (Seksyen 136)

- Mengkompaun kesalahan-kesalahan (Seksyen 137)

 

 

  1. iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Kelantan No. 8 tahun 2002)

- Penghinaan mahkamah (Seksyen 210)

- Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (Seksyen 211)

- Pegawai agama yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan

  bencana kepada mana-mana orang (Seksyen 212)

- Tidak mengemukakan dokumen dsb. kepada pegawai agama oleh seseorang yang terikat di

  sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu (Seksyen 213)

- Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh pegawai agama

  supaya mengangkat sumpah (Seksyen 214)

- Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa untuk menyoal (Seksyen 215)

- Enggan menandatangani pernyataan (Seksyen 216)

 

 

  1. Siapakah yang ada kuasa untuk membuat tangkapan bagi kes-kes Jenayah Syariah?

Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis, Pegawai Masjid (Imam Tua, Imam Muda Dan Bilal), Penggawa, Penghulu, dan Guru Agama Bertauliah boleh tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran menangkap mana-mana orang yang ada kena-mengena dengan apa- apa kesalahan boleh tangkap di dalam Negeri Kelantan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian.

 

  1. Adakah orang awam boleh membantu dalam membanteras Kes Jenayah Syariah?

Menurut Seksyen 8 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No. 8 Tahun 2002 menyatakan bahawa tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu seseorang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis, yang semunasabahnya menghendaki bantuannya dalam menangkap atau mencegah terlepasnya mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu diberi kuasa untuk menangkapnya atau dalam mencegah suatu pecah keamanan yang timbul daripada penangkapan dan penahanan orang itu. Manakala seksyen 9 enakmen yang sama juga menghendaki orang awam memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis terdekat jika mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan.

 

 

 

  1. Adakah Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi sesuatu kes dan bagaimana jika saksi tersebut enggan hadir?

Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002 memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi suatu kes dan orang tersebut hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki. Jika orang itu enggan hadir, pegawai penguatkuasa agama boleh memohon waran daripada mahkamah untuk memaksa kehadiran orang tersebut

 

  1. Bolehkah seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama memecah masuk dan menggeledah rumah atau mana-mana premis semasa melakukan tangkapan?

Berdasarkan Seksyen 11 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang ada kuasa untuk menangkap boleh memecah masuk mana-mana tempat dan menggeledah di dalamnya setelah memberitahu kuasa dan maksudnya kepada tuan punya premis dan setelah permintaan hendak masuk dibuat sewajarnya serta tiada jalan lain lagi untuk masuk.

 

  1. Bolehkan Pegawai Penguatkuasa Agama menggunakan gari untuk menangkap mana-mana pesalah jenayah syariah?

Menurut Seksyen 10 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menggunakan apa sahaja langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan termasuk menggunakan gari.

 

  1. Apakah tindakan keatas seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak boleh tangkap yang enggan memberikan nama dan alamat kediaman atau dia memberikan alamat kediaman di luar Negeri Kelantan?

Orang tersebut boleh ditangkap oleh pegawai itu untuk membolehkan nama dan kediamannya ditentukan dan dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah yang terdekat. Hakim tersebut boleh samaada menghendaki orang tersebut menyempurnakan suatu bon,dengan penjamin beliau hadir semula, ataupun boleh memerintahkan supaya dia ditahan sehingga dibicarakan.

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tak boleh tangkap?

Kesalahan boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran manakala kesalahan tak boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran.

 

 

 

 

  1. Apakah tindakan keatas orang awam yang memberikan maklumat, keterangan, atau pengakuan palsu kepada pegawai penguatkuasa agama?

Orang tersebut boleh didakwa dibawah seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

 

  1. Adakah hukuman sebat pernah dilaksanakan keatas pesalah-pesalah jenayah syariah di Negeri Kelantan dan kes apakah yang boleh dikenakan hukuman sebat?

Negeri kelantan adalah negeri yang pertama melaksanakan hukuman sebat keatas pesalah jenayah syariah iaitu pada 25/1/1987 yang dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa terhadap pesalah mukaddimah zina dan dikenakan sebanyak 3 sebatan. Sejak itu sebanyak 12 kes dijatuhi hukuman sebat dan 2 kes digugurkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala 10 kes dilaksanakan hukuman sebat terhadap 10 pesalah. Semua kes yang diperuntukkan bagi kesalahan sebat dikenakan hukumannya kecuali di dalam kes liwat kerana tidak ada kes seperti itu.

 

- Kes-kes yang boleh dikenakan hukuman sebat di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 tahun 1985 ialah :

i- zina yang tidak boleh dikenakan hukuman had – 6 sebatan

ii- muqaddimah zina – 3 sebatan

iii- liwat yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan

iv- minum minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan

 

  1. Kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor kerana kesalahan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Polis dan bukan bidang kuasa Penguatkuasa Undang-Undang Syariah. Sehubungan itu, diharap pihak tuan/puan dapat merujuk terus kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

 

 

 

Soalan Lazim Bahagian PUK

  1. Apakah Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Melangsungkan Perkahwinan? / Bagaimanakah Prosedur Permohonan Perkahwinan?
  2. Dapatkan borang berikut daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (Imam Mukim) :-
    • Borang 1 – Permohonan Berkahwin Untuk lelaki - RM1.00
    • Borang 1 – Permohonan Berkahwin Untuk perempuan - RM1.00.

 

  1. Isikan dengan lengkap borang tersebut dan pastikan perkara-perkara berikut:-
    • Borang ditandatangani oleh pemohon.
    • Borang ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan).
    • Dapatkan pengesahan status dan anak mukim daripada Imam Mukim

 

    • 1. Borang Permohonan Untuk Berkahwin                                                                                                                                                 
    • 2. Salinan Kad Pengenalan                                                                                          
    • 3. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan                                                                                                                                                     
    • 4. Laporan Ujian Saringan HIV                                                                                                                                                                
    • 5. Surat Perakuan Cerai (jika pemohon duda atau janda)
    • 6. Salinan kenyataan Islam (jika pemohon memeluk Islam)                                                                                                          
    • 7. Kelulusan daripada KAGAT (jika anggota tentera).                                                                                                                       
    • 8. Kelulusan daripada PDRM (jika anggota Polis).                                                                                                                           
    • 9. Borang wakalah wali (jika perempuan yang walinya tidak berkeupayaan hadir untuk mengakadnikah).                                    
    • 10. Salinan Surat Kematian(jika suami/isteri meninggal dunia)                                                                                                                
    • 11. Perintah Mahkamah mengenai kebenaran berpoligami ( jika pemohon mahu berpoligami)                                                                                                                                                                                                                                          
    • i. Borang 1 (warna putih) - untuk lelaki                                                                                                                                                     
    • ii. Borang 2 (warna kuning) - untuk perempuan                                                                                                                                           
    • 1. Borang Permohonan Untuk Berkahwin                                                                                                                                                 
    • 2. Laporan Ujian Saringan HIV                                                                                                                                                                     
    • 3. Salinan dokumen perjalanan yang sah                                                                                                                                                 
    • 4. Surat Perakuan Cerai (jika pemohon duda atau janda)                                                                                                              
    • 5. Kenyataan Islam (bagi pemohon yang memeluk Islam)                                                                                                             
    • 6. Kebenaran atau kelulusan berkahwin (daripada konsulat atau kedutaan)                                                                                     
    • 7. Kebenaran Perkahwinan dari Jabatan Imigresen                                                                                                                                 
    • a. Warganegara Malaysia                                                                                                                                                                           
    • b. Bukan Warganegara                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
  1. Borang permohonan mestilah disahkan Imam Mukim pemohon berserta cop rasmi cop rasminya untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

 

  1. Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Imam Mukim berkenaan.

 

  1. Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Jajahan berkaitan dengan disertakan bayaran RM 12.00 untuk mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon (Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah).

 

  1. Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 2/Borang 2A)dalam tempoh 24 jam di Pejabat Agama Jajahan berkenaan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan berkenaan.

 

  1. Majlis Akadnikah dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan di tempat pemastautinan perempuan

 

  1. Selepas Akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00.

 

  1. Selepas itu pengantin akan diberi Surat Akuan Nikah Sementara (borang 4) dan dikehendaki mendapatkan Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkaitan.

 

  1. Pemohon boleh memungut Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas majlis Akad.

 

  1. Bagaimanakah Prosedur Permohonan Kad Pintar E-Nikah?

 

Pemohon hendaklah :

 

  1. Menyediakan gambar berukuran pasport sebanyak 1 keping setiap seorang. (Perempuan mesti bertudung DAN Lelaki Bersongkok) - latar belakang merah bagi warganegara asing.
  2. 1 salinan fotostat kad pengenalan tuan/puan dan pasangan – latar belakang biru bagi Warganegara Malaysia dan Pemegang Pemastautin Tetap.
  3. 1 salinan Surat Perakuan Nikah (buku hijau asal).
  4. Membuat bayaran sebanyak RM50.00(2 keping kad) bagi setiap permohonan Kad Pintar eNikah.

* Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Agama Jajahan tempat tuan/puan mendaftarkan perkahwinan tuan/puan.

 

Tuntutan Kad Pintar eNikah

 

  1. Pemohon boleh datang ke Pejabat Agama Jajahan untuk menuntut Kad Pintar eNikah selepas tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan
  2. Sekiranya pemohon tinggal / bekerja di luar negeri Kelantan maka Kad Pintar eNikah Nikah tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.

 

  1. Sekiranya SIJIL NIKAH / BUKU NIKAH HILANG, BAGAIMANAKAH PROSEDUR PERMOHONAN SALINAN / CABUTAN SIJIL NIKAH ?

 

  1. Mengisi borang 18 yang disediakan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga. (Borang tersebut boleh diambil hanya di Pejabat Agama Jajahan) dan dikenakan bayaran RM1.00.
  2. Pemohon boleh menuntut salinan sijil nikah / cerai / ruju’di Pejabat Agama Jajahan selepas 7 hari dari tarikh permohonan dan bayaran yang dikenakan adalah RM25.00
  3. Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Kelantan maka salinan tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui posdan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang 18.

 

  1. Bagaimanakah Cara Melakukan Ujian Saringan HIV?

 

  1. Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan

 

  1. Bagi ujian yang dilakukan di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan di luar Negeri Kelantan. Sila pastikan keputusan ujian dan cop pegawai bertugas telah dicatatkan pada borang ujian saringan hiv dan diletakkan di dalam sampul

 

  1. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjalani ujian saringan HIV.
    • Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan , Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang bertugas .
    • Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat Ujian Pantas HIV (HIV Rapid Test Kit).
    • Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga 30 minit.
    • Keputusan akan dicatat di dalam Borang JAHEAIK/HIV (di Negeri Kelantan sahaja) dan disampulkan (Sila pastikan keputusan ujian ada dinyatakan didalam borang ujian saringan tersebut)

 

  1. Kemukakan sampul yang berisi Borang JAHEAIK/HIV bersama borang Permohonan Untuk Berkahwin kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

 

  1. Siapakah Yang Dikecualikan Daripada Mengambil Kursus Pra Perkahwinan Islam ?

 

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami/janda), warga asing, pemegang sijil SMU, STU, STAM, Sijil Tinggi Pondok, diploma atau ijazah dalam bidang pengajian Islam, serta individu yang cacat anggota tertentu.

 

  1. Bagaimanakah Seorang Pemohon Dapat Mengenali Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam (Jurunikah) Yang Perlu Ditemuinya Untuk Mendapatkan Sokongan (Temuduga) Untuk Bernikah?

 

Pemohon hendaklah merujuk ke Pejabat Agama Jajahan di mana dia bermastautin/bermukim.

 

  1. Adakah Pemohon Boleh Mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Di mana-mana Tempat Di Malaysia?

 

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) dan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

 

  1. Dimanakah Pemohon Boleh Mengambil Borang Permohonan Berkahwin?

 

Pemohon boleh mengambil borang permohonan berkahwin di Masjid Mukim / Kediaman Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana dia bermastautin/bermukim.

 

  1. Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Seorang Pemohon Membuat Permohonan Berkahwin?

 

Permohonan tersebut boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh akad nikah dan selewatnya sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan untuk memudahkan proses pengeluaran Kebenaran Berkahwin.

 

  1. Perlukah Setiap Pasangan Yang Akan Menjalankan Majlis Akad Nikah Di Negeri Kelantan Menjalani Ujian Darah/ HIV ?

 

Setiap pasangan yang akan melaksanakan majlis akad nikah dalam Negeri Kelantan adalah DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di Klinik Kesihatan KERAJAANsahaja.

 

  1. Adakah Perlu Mengemukakan Surat Cerai Untuk Memohon Kebenaran Berkahwin?

 

Ya, pemohon yang telah bercerai dan ingin berkahwin hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Perceraian.

 

  1. Sekiranya Wali Asal / Bapa Tidak Dapat Dikesan, Adakah Abang Kandung Boleh Menjadi Wali?

 

Abang kandung tidak boleh menjadi wali tanpa kebenaran pihak berkenaan. Dalam kes seperti ini,akad nikah hendaklah dilakukan dengan wali Raja.

 

  1. Adakah Jatuh Talak Jika Isteri Dalam Keadaan Haid, Sekiranya Dilafazkan Dengan Lafaz Sorih/Jelas ?

 

Talak yang dilafaz suami kepada isteri yang haid adalah sah/jatuh.Talak ketika haid dinamakan talak bidie’,hukumnya haram kerana memanjangkan iddah isteri.

 

  1. Jika Mana-Mana Pasangan Ingin Rujuk Kembali Dalam Masa Iddah, Bagaimana Caranya, Samada Perlu Pergi Ke Pejabat Agama Jajahan Atau Cukup Setakat 2 Orang Saksi Sahaja?

 

Pasangan yang ingin rujuk, hendaklah hadir ke Pejabat Agama Jajahan supaya rujuk tersebut boleh didaftarkan. Pasangan akan diberikan Surat Perakuan Ruju’ setelah membayar fi RM 10.00

 

  1. Saya Telah Berkahwin Dengan Orang Yang Mendakwa Dirinya Wali Hakim. Kemudian Saya Mengesyaki Perkahwinan Saya Ini Didalangi Sindiket Nikah Palsu, Dan Pada Ketika Itu Bapa Saya Masih Ada. Adakah Sah Perkahwinan Saya?

 

Akad nikah yang berlaku hendaklah sempurna rukun dan syaratnya. Salah satu rukun nikah ialah wali. Sekiranya bapa masih ada dan layak menjadi wali, maka bapalah yang menjadi wali. Akad nikah yang berlaku tanpa mendapat kebenaran Pendaftar adalah suatu kesalahan. Akad nikah ini jika dibuat oleh wali raja yang tidak dilantik secara betul, maka akad nikah tersebut tidak sah. Hanya wali Raja yang dilantik oleh DYMM Al-Sultan (di Kelantan) sahaja boleh mengakad nikahkan perempuan yang tidak berwali.

 

  1. MAS KAHWIN untuk Negeri Kelantan

 

Kadar Mas Kahwin di Kelantan adalah berbeza-beza mengikut tempat dan status perempuan. semua hantaran adalah termasuk dalam mas kahwin. biasanya jumlah mas kahwin adalah sekitar RM5000-RM10000.

 

  1. Pendaftaran Kursus Perkahwinan (MBKPI)

 

1) Kursus Perkahwinan boleh didaftarkan pada hari bekerja (ahad hingga khamis) di mana-mana Pejabat Agama Jajahan yang dikehendaki dengan merujuk kepada jadual kursus di Laman Web Jaheaik atau FB JAHEAIK(tarikh kursus mengikut jajahan)

2) Sila bawa bersama satu (1) salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon beserta dengan bayaran RM 70.00

 

  1. Lafaz Cerai dengan Talak 3 buat kali Pertama : 1) Adakah boleh bernikah semula di negeri lain?. 2) Adakah perlu bernikah dengan cara 'laki cina buta' terlebih dahulu sebelum dapat bersatu semula?

 

1) Tidak boleh berkahwin semula dengan bekas suami atau isteri walaupun di negeri lain. Ini kerana perceraian tersebut adalah termasuk dalam "Talaq Bain" (perceraian yang tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula).

 

2) Haram hukumnya bernikah dengan cara 'laki cina buta', kerana ia termasuk dalam nikah muhallil iaitu pernikahan yang berlaku di antara seorang lelaki dengan wanita yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. Pasangan yang bercerai dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali, melainkan setelah isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan berlaku persetubuhan dengan suami baru itu. Selepas wanita tersebut diceraikan oleh suaminya barunya dan setelah tamat edah, wanita tersebut boleh berkahwin dengan bekas suaminya dengan akad nikah baru.

Imam Abu Ishak Al-Juzijani mengetengahkan sebuah riwayat bersumber dari sahabat Ibnu Abbas ra, dia telah berkata: Rasulullah saw pernah ditanya tentang muhallil. Jawab Rasulullah: "Tidak boleh, kecuali kalau dia menikah dengan wanita itu berdasarkan cinta, bukan hanya kerana suruhan bekas suaminya yang ingin meruju' wanita itu kembali. Dan bukan hanya kerana ingin mempermainkan kitabullah, kemudian boleh menghirup madu manisnya wanita itu (bersetubuh)."

Ibnul-Musayyab telah berkata: "Barangsiapa menikahi seorang wanita dengan tujuan menjadi muhallil (orang yang memisahkan antara talaq ba'in hingga boleh diruju' kembali oleh suami pertama) bagi bagi bekas suami yang telah menceraikannya dengan talaq bain (talaq yang tidak boleh diruju’ atau bernikah semula), maka cara yang demikian adalah haram."

Syaikh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Az-Zawajir pada pembahasan dosa-dosa besar telah berkata: Imam Ahmad, Nasai dan Imam yang lain mengetengahkan sebuah riwayat yang sahih, bersumber dan Ibnu Mas'ud ra, bahawa Rasulullah saw melaknati muhallil (orang yang memisahkan antara thalaq ba'in hingga boleh diruju' kembali oleh suami pertama) dan muhallal-lah (orang yang menceraikan isterinya dengan tiga kali talaq).

 

Imam Ibnu Majah mengetengahkan sebuah riwayat dengan sanad yang sahih, bahawa Rasulullah saw telah bersabda; "Bersediakah sekiranya aku memberi khabar kepadamu tentang seorang lelaki yang menyewakan isterinya?" Jawab para sahabat: "Ya, kami bersedia menerimanya, ya Rasulallah." Lalu Rasulullah bersabda: "Yakni muhallil. Allah melaknati muhallil dan muhallallah."

bekas isteri hanya boleh berkahwin semula dengan bekas suami setelah bekas isteri berkahwin dan bersetubuh dengan suami yang baru, kemudian suami tersebut menceraikan bekas isteri (dengan syarat ianya berlaku tanpa dirancang bagi tujuan menghalalkan perkahwinan bekas isteri dengan bekas suami yang telah menceraikan bekas isteri dengan talaq tiga).

 

  1. Jika seorang lelaki yang cukup syarat dan bukan dari Negeri Kelantan tetapi ingin berkahwin dengan orang dari negeri kelantan (perempuan) tanpa kebenaran isteri pertama adakah boleh membuat permohonan di jaheaik untuk berkahwin?

 

Antara prosedur-prosedur untuk berpoligami ialah suami mesti mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah syariah negeri masing-masingtidak boleh berkahwin tanpa kebenaran mahkamah dan Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) tidak boleh memberikan kebenaran berkahwin.

 

  1. Adakah perlu pihak lelaki membayar mas kawin atau hantaran dalam nikah gantung?

 

Pihak lelaki tidak perlu membayar mas kahwin bagi nikah gantung selagi perkahwinan tersebut masih tergantung.

 

  1. Pertanyaan tentang penceraian

 

Saya dah berkahwin selama 2 tahun lebih. Pada suatu malam, saya dan isteri bergaduh dan akhirnya saya menceraikan dia. Lafaz cerai saya "aku cerai kamu. Berkemas dan aku hantar balik. Aku cerai kamu." Saya dan isteri tahu yang talak itu terjadi sebab saya sebagai suami menggunakan lafaz yang jelas. Setelah bertenang, saya merujuk kembali isteri saya. Lafaz saya "awak, kembali ia kepada saya. Saya nak rujuk awak kembali." Dan isteri saya menjawab 'ya setuju'.

 

PERSOALAN:

  1. Mengikut lafaz cerai saya, talak jatuh berapa? 1 ke 2? Memandangkan saya lafaz 2 kali ayat "aku cerai kamu" akan tetapi pada masa yang sama tidak diselangi dengan apa-apa perbuatan. 2. Apa yang faham tentang rukun adalah 3 iaitu suami yang merujuk, isteri yang dirujuk dan lafaz rujuk. Persoalan saya, adalah rujuk saya sah.

 

JAWAPAN:

Sekiranya berlaku hal demikian, perlulah segera membuat pengesahan cerai rujuk di Mahkamah Rendah Syariah.

 

  1. Saya mempunyai masalah untuk menghantar permohonan perkahwinan saya.

 

Persoalan:

Wali adalah abang saya Shamsuraimi Ismail kerana ayah dan datuk saya telah meninggal dunia. Saya tidak dapat mengemukakan sijil kematian datuk saya yang meninggal pada tahun 1942. Semasa datuk saya meninggal, umur ayah baru 3 tahun dan ayah merupakan anak bongsu. Saya telah merujuk kepada JPN mengenai sijil kematian datuk saya. Saya tidak dapat memberikan maklumat mengenai kematian datuk kerana waris-waris yang kenal dengan datuk saya semuanya telah meninggal dunia. JPN meminta saya mencari maklumat seperti tarikh kematian, tempat daftar kematian, nombor daftar kematian dan sebagainya. Saya telah menghubungi JAIP Pahang berhubung perkara ini dan menyuruh saya mengemukakan saksi untuk bersumpah mengenai kematian datuk saya dan syarat untuk menjadi saksi tersebut hendaklah orang yang pernah melihat dan berjumpa dengan datuk saya. Adalah sukar untuk saya mencari saksi yang masih hidup pada waktu ini.

 

Jawapan:

Cik perlu membuat akuan sumpah di bawah Surat Akuan Berkanun bagi mengesahkan bahawa walinya telah meninggal dunia dan kemukakan surat tersebut semasa permohonan perkahwinan.

 

  1. Apakah prosedur yang diperlukan sekiranya pasangan yang berkahwin di Thailand ingin mendapatkan sijil pernikahan?

 

Pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah bersama wali dan dua orang saksi untuk pengesahan perkahwinan. Setelah selesai perbicaraan, membayar denda dan mendapat keputusan dari pihak mahkamah, beliau hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut di Pejabat Agama Jajahan berdekatan dengan tempat beliau tinggal untuk pendaftaran nikah dengan menyertakan dokumen sepertimana berikut:

 

  1. a) Keputusan perbicaraan/pengesahan perkahwinan dari Mahkamah Syariah
  2. b) Sijil Nikah asal
  3. c) Resit bayaran denda
  4. d) Ujian saringan HIV
  5. e) Salinan kad pengenalan/pasport kedua-dua pasangan
  6. f) Borang 8 (ambil di Mahkamah Syariah) - pengesahan anak mukim dari imam
  7. g) Gambar berukuran pasport kedua-dua pasangan :
  8. i) Berlatarbelakang warna biru bagi warganegara
  9. ii) Berlatarbelakang warna merah bagi bukan warganegara

iii) Lelaki bersongkok atau berkopiah

  1. iv) Perempuan bertudung yang menutup aurat
  2. h) Bayaran pendaftaran dan taklik RM91.00

 

 

 

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!