Program Wanita : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441H/2019M

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Wanita : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1441H/2019M pada 28 Rabiulawal 1441H/25 November 2019 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim. Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A'ishah Putri Binti Al-Marhum Sultan Ismail Petra berangkat tiba pada program tersebut.