WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Julai 2018

Perhimpunan bulanan warga JAHEAIK bagi bulan Julai 2018 telah diadakan pada 22 Julai 2018. Amanat telah disampaikan oleh YB. Dato Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK dimana Pengarah memohon agar jabatan dapat memastikan hal ehwal Islam berjalan dengan baik. Setiap program yang dijalankan dapat memberikan kesan yang baik kepada masyarakat.

YB Dato Pengarah juga meminta agar kakitangan Jaheaik dapat memastikan skt jabatan mencapai sasaran. Oleh itu, setiap warga JAHEAIK perlu hadam dengan sebaiknya bidang tugas masing-masing. Pengarah juga mengucapkan tahniah kepada PAJ Tumpat kerana dapat menjalankan urusan nikah secara online sepenuhnya. Pengarah juga berharap agar pada tahun 2019 semua jajahan dapat menggunakan sepenuhnya urusan nikah secara online.

Akhir sekali Pengarah berpesan agar semua kakitangan supaya berintegriti dan bertanggungjawab kepada agensi, kerajaan dan juga kepada Allah s.w.t.

Dimajlis ini juga disampaikan Anugerah Warga Contoh bagi suku Tahun Pertama dan suku Tahun ke2 tahun 2018

Bagi Suku Tahun Pertama

Encik Abdul Rahman Bin Mamat (Bahagian Penguatkuasaan) dan Encik Mohd Aidid Bin Hasbullah (PAJ Pasir Puteh)

Bagi Suku Tahun Kedua

Ustaz Mushariza Rizuan Bin Mustapha (Bahagian PUK) dan Encik Nanui Bin Mustapa (PAJ Tumpat)

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!