WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

MyMetro : Orang bukan Islam tak perlu bimbang

ORANG bukan Islam yang menetap atau berkunjung ke Kelantan tidak perlu bimbang sekiranya berpakaian mencolok mata kerana Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 hanya digunapakai ke atas mereka yang beragama Islam.

Mengikut Seksyen 5 (1) Enakmen itu, mana-mana umat Islam yang ditangkap sengaja berkelakuan tidak sopan dan tidak berpakaian menutup aurat boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Datuk Mohd Rahim Jusoh berkata, orang bukan Islam sepatutnya tidak keliru dengan undang-undang berkenaan kerana tidak membabitkan mereka.

 

"(Orang bukan Islam) Tidak perlu bimbang kerana undang-undang ini terguna pakai ke atas umat Islam. Jangan keliru.

"Mereka yang beragama Islam apabila ditahan, kita beri notis untuk dipanggil kaunseling terlebih dulu. Selepas itu barulah tindakan lanjut diambil," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan diketuai Pengerusinya, Lim Guan Seng yang mahukan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai seorang lelaki diberi notis kaunseling selepas memakai seluar pendek di khalayak ramai.

Ia mengakibatkan perdebatan dalam kalangan netizen sekali gus membangkitkan kebimbangan golongan bukan Islam yang berada di negeri ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rahim berkata, kesalahan berpakaian yang tertakluk di bawah enakmen itu adalah seperti digariskan syarak iaitu lelaki berseluar pendek di atas lutut, manakala wanita berseluar dan berpakaian ketat dan pendek selain tidak bertudung.

Katanya, sesi kaunseling pertama pada 24 Mei disertai 85 individu, manakala sesi kedua pada 15 Oktober lalu membabitkan 72 individu termasuk lelaki yang tular di laman sosial.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 7:45 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/269246/orang-bukan-islam-tak-perlu-bimbang
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!