Lawatan YB Dato Pengarah JAHEAIK ke program Dapur Asnaf Kali Ke-36

Kota Bharu, 1 April 2016 (Jumaat) - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh dan ahli rombongan telah mengadakan lawatan ke Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan sempena program Dapur Asnaf ke-36. Terletak di Taman Damai, Tg Mas, Kota Bharu, Kelantan, program dimulakan dengan jamuan tengahari yang ditaja oleh pihak JAHEAIK dan penyampaian beras dan cermin mata sumbangan Kelab Asnaf kepada golongan yang layak.