WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Pengenalan Penyelidikan

  1. Bahagian ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu akidah, syariah, ajaran sesat dan penapisan media.
  2. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan.
  3. Bahagian ini terbahagi kepada 2 unit utama iaitu :
    • Unit Akidah dan Syariah
    • Unit Penapisan Media

Visi

Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama serta faham konsep halal dan haram.

Misi

Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah, dan pengurusan pensijilan halal.

 

Objektif

  1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada dari segi aqidah atau syariah
  2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
  3. Melahirkan umat islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah-masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
  4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya.
  5. Mengurus permohonan, pensijilan halal, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal dengan cekap dan berkesan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
  2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
  3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.
  4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah permohonan lengkap diterima.
  5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh dua (2) minggu selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal.
  6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam masa dua (2) minggu selepas aduan diterima.

 

 

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!