Biodata Pengarah
- Kategori: Pengarah
- Dicipta: Jumaat, 05 Mac 2010 18:44
- Jumlah paparan: 25091
Nama :
YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, D.P.S.K (Kelantan)
Umur :
58 Tahun
Tarikh Lahir :
03 Februari 1962
Kelulusan :
B.A (Hons) Dakwah Usuluddin, Universiti Islam, Madinah
Tarikh Mula Berkhidmat :
1 Oktober 1992
Tarikh Mula Berkhidmat di JAHEAIK :
1 Oktober 2010 sehingga sekarang
Sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, YB Dato' pernah bertugas sebagai Timbalan Mufti dari 01 Januari 2008 sehingga 30 September 2010. Bermula sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam mulai dari 01 Oktober 1992 dan ditempatkan di Mahkamah Qhadi Besar Kelantan, seterusnya pada 16 November 1992 ditempatkan di Pejabat Qhadi Gua Musang. Pada 16 Julai 1998, beliau bertugas sebagai Qhadi Jajahan Kota Bharu di Pejabat Qhadi Jajahan Kota Bharu. Pada 11 April 2004 pula beliau telah menanggung kerja kerana menjalankan tugas-tugas Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga) disamping menjalankan tugas-tugasnya sendiri.