Fungsi Jabatan
- Kategori: Pengurusan
- Dicipta: Jumaat, 05 Mac 2010 19:41
- Jumlah paparan: 28241
- Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam serta peraturan yang terkandung dalam enakmen yang di putuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dakwah kepada seluruh masyarakat.
- Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerohanian dan jatidiri ummah.
- Melaksanakan undang-undang Agama Islam di dalam konteks “Amar Makruf Nahi Mungkar”.
- Melaksanakan program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan undang-undang Keluarga Islam.
- Membuat kajian, penyelidikan dan penilaian terhadap isu-isu hal ehwal Islam yang merangkumi aspek-aspek Aqidah, kekeluargaan, Moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan “Halalan Toyyiba” dan lain-lain.