WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Pengenalan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah

1) Pengenalan

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah merupakan bahagian yang bertanggungjawab mencegah dan membanteras kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang syariah yang berkuatkuasa di Negeri Kelantan. Ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membasmi maksiat sehingga ke tahap maksimum berdasarkan konsep “al-Nahy ‘an al-Munkar”.

 

2) Visi

Menegakkan syariah Islam melalui penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keharmonian Islam berdasarkan keadilan dan hak.

 

3) Misi

Mengurangkan kadar jenayah syariah, meningkatkan kesedaran masyarakat dan memastikan mereka yang terlibat dengan kesalahan jenayah syariah dihadapkan ke mahkamah.

 

4) Motto

“ CEPAT, TEPAT & BERKAT “

 

5) Piagam Pelanggan

5.1. Menerima maklumat tangkap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dengan mengisi borang 5.

5.2. Mengambil tindakan penguatkuasaan serta merta terhadap semua maklumat dan aduan lengkap yang diterima atas kesalahan jenayah syariah.

5.3. Menjalankan siasatan dalam tempoh 1 bulan selepas menerima arahan siasatan.

6) Objektif

6.1. Menguatkuasakan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di Negeri Kelantan.

6.2. Berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas pencegahan maksiat di Negeri Kelantan dengan penuh tanggungjawab, berhikmah, berhemah, toleransi dan bersabar.

6.3. Menjadikan hotline 24 jam sebagai talian tetap dalam pengendalian dan penerimaan maklumat / aduan seluruh negeri Kelantan.

6.4. Berusaha memberi kefahaman yang tinggi kepada anggota bahagian dan masyarakat berkaitan dengan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.

6.5. Menjalankan siasatan yang terperinci terhadap kes-kes kesalahan jenayah syariah.

6.6. Berusaha memenuhi kehendak pelanggan melalui sistem pengurusan yang telus, cekap, berhikmah, dan berhemah.

6.7. Berusaha merancang dan melaksanakan langkah-langkah penyelarasan dalam semua tindakan pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.

6.8. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, mempertingkatkan profesionalisme Pegawai Penguatkuasa Agama, mengutamakan produktiviti dan prestasi serta mewujudkan budaya kerja cemerlang secara berterusan.

7) Fungsi

7.1. Menguatkuasakan Undang-undang Syariah Negeri Kelantan.

7.2. Menjalankan tugas berdasarkan :

  1. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan no.3/1982 (pindaan) 2006
  2. Enakmen Kanun Jenayah Syariah no. 2/1985
  3. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no.8/2002 (pindaan) 2006
  4. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil.4/1994
  5. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan no.6/2002
  6. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan no.9/2002
7.3. Mencegah daripada berlakunya penyelewengan dalam ikatan kekeluargaan Islam terutamanya dalam kes-kes perkahwinan.Mencegah dan membenteras gejala ajaran sesat.
7.4. Menjalankan siasatan yang terperinci terhadap kes-kes kesalahan Jenayah Syariah.
7.5. Mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya pekeliling, arahan amalan dan arahan tetap yang dikuatkuasakan.

8) Struktur Bahagian Bahagian ini terdiri daripada 4 unit utama iaitu :-

8.1.Unit Pentadbiran Am

Unit Pentadbiran Am berperanan mengendalikan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan serta pendaftaran kes-kes yang diterima dari seluruh jajahan.

8.2 Unit Operasi

Unit Operasi bertanggungjawab menerima aduan awam yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan jenayah syariah seterusnya mengambil tindakan yang perlu seperti membuat pemantauan dan tangkapan terhadap kes-kes tersebut. Selain itu, unit ini menjalankan rondaan ke tempat-tempat yang berpotensi berlaku maksiat, seperti di tempat-tempat perkelahan, pusat bandar dan sebagainya.

8.3 Unit Siasatan

Unit Siasatan memainkan peranan dalam menyiasat kes-kes jenayah syariah untuk mendapatkan keterangan dan fakta bagi membolehkan pihak pendakwa syarie menjalankan pendakwaan terhadap sesuatu kes.

8.4 Unit Pencegahan

Unit Pencegahan bertanggungjawab mengumpulkan data statistis kes-kes seluruh negeri, membuat analisa statistik dan laporan yang berkaitan serta mengendalikan program-program kaunseling dan pencegahan seperti penerbitan risalah dan papan tanda amaran penguatkuasa. Selain itu, unit ini turut mengatur program-program latihan untuk anggota penguatkuasa dan skuad amru.

 

Koleksi Muat Turun Rakyat

Bil. -- Koleksi Muat Turun Borang/ Dokumen/ Carta Alir Mengikut Bahagian
1.   Info Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
2.   Info Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam
3.   Info Bahagian Dakwah
4.   Info Bahagian Penguatkuasaan
5.   Info Bahagian Penyelidikan
6.   Info Bahagian Pendakwaan
7.   Info Bahagian Pendidikan
8.   Info Bahagian Dakwah Halaqat Negeri

Koleksi Muat Turun Staf

Bil. -- Koleksi Muat Turun Borang/ Dokumen/ Carta Alir Mengikut Bahagian
1. Info Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Kewangan
3. Unit Pengurusan Majlis
4. Unit Teknologi Maklumat
5. Unit HRMIS
2.

Info Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Pendaftaran Nikah, Cerai & Rujuk
3. Unit Khidmat Nasihat
4. Unit Pembangunan Keluarga

3. Info Bahagian Dakwah
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Dakwah & Tarbiah
3. Unit Ukhuwah
4. Unit Penerbitan
4. Info Bahagian Penguatkuasaan
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Pencegahan
3. Unit Operasi
4. Unit Siasatan
5. Info Bahagian Penyelidikan
1. Unit Pentadbiran
2. Unit Pengurusan Halal
3. Unit Akidah & Syariah
4. Unit Penapisan Media
6. Info Bahagian Pendakwaan
1. Unit Pentadbiran
7. Info Bahagian Pendidikan
1. Unit Pentadbiran
8. Info Bahagian Dakwah Halaqat Negeri

Terma dan syarat

Pengenalan

Laman sesawang ini ("Laman Sesawang") dimiliki dan dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ("JAHEAIK"). JAHEAIK mempunyai hak pada bila-bila masa, mengubah atau menghentikan sebarang aspek atau ciri Laman Sesawang ini, termasuk tetapi bukan mengehadkan kepada kandungan dan jam ketersediaan.

Perubahan dalam terma dan syarat

Anda dinasihatkan untuk merujuk Terma dan Syarat setiap kali anda mengakses Laman Sesawang ini untuk menentukan dan faham mana-mana pemotongan, pengubahsuaian-pengubahsuaian, variasi-variasi dan / atau pencampuran-pencampuran yang boleh dibuat kepada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa , dan anda akan dianggap telah bersetuju untuk dan menerima Terma dan Syarat, termasuk pemotongan sedemikian, pengubahsuaian-pengubahsuaian, variasi-variasi dan / atau pencampuran-pencampuran setiap kali anda mengakses dan gunakan Laman Sesawang ini.

TOP KELGOV PPST
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
AMANAT KHAS DKS

LAMAN WEB RASMI JAHEAIK

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!