WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Pengurusan Majlis

  1. Selaku urusetia Majlis Tilawah/Menghafal al-Quran peingkat negeri
  2. Menganjur ujian tasmi' al-Quran bagi mengenal pasti huffaz yang layak menerima habuan tahunan sumbangan kerajaan negeri.
  3. Bertanggunjawab keatas perkembangan qaryah dan urusan kebajikan masyarakat Islam di seluruh negeri melalui projek perkhidmatan Islam.
  4. Mengatur sambutan perayaan hari-hari kebesaran dengan matlamat menghidupkan syiar Islam - seperti Awal Muharram, Maulidur Rasul, Hari Hudud, Ihya' Ramadhan dan seumpamanya.

Kewangan

  1. Menyelenggara peruntukan Jabatan serta mengawal perbelanjaannya.
  2. Mengurus pembayaran gaji/elaun pegawai dan kakitangan keseluruhannya, termasuk pelbagai jenis habuan kepada warga Unit Dakwah Halaqat.
  3. Mengurus pembayaran tuntutan dan segala invois/bil Jabatan.
  4. Merancang keperluan peruntukan tahunan

Pentadbiran Am

  1. Sebagai unit induk, berperanan menjadi penyelaras dengan memberi perkhidmatan bantuan kepada unit-unit lain.
  2. Bertanggungjawab secara keseluruhan kepada urusan penyelenggaraan semua bangunan/ ruang pejabat dan kemudahan-kemudahan lain yang berada di bawah kawalan JAHEAIK.
  3. Merancang serta mengadakan satu sistem pentadbiran yang sistematik, dinamik dan adil dengan tujuan mewujudkan satu jabatan yang sempurna.
  4. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am, perkhidmatan kakitangan/ pegawai, keselamatan dokumen, mengawal selia semua peringkat kakitangan, termasuk latihan dan kebajikan mereka.
  5. Menyelaras segala kegiatan Jabatan dengan beberapa agensi luar seperti Jabatan-jabatan Agama Negeri, Mufti-mufti Kerajaan, JAKIM dan PERKIM.
  6. Menyalur data dan maklumat rasmi kepada Bahagian-bahagian lain, terutama yang menyentuh perihal dasar baru atau pindaannya – lazimnya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa

Tagline

KETAKWAAN TERAS KEMULIAAN

 

Nilai Bersama

J : Jaringan

     (Jalinan kerjasama, hubungan, komunikasi)

A : Amanah

      (Ikhlas, jujur, telus, benar, boleh percaya)

H : Hubungan Pelanggan

      (Perkhidmatan berkualiti, layanan mesra, senyuman, ramah)

E : Ehsan

     ( Cemerlang - berkualiti, dedikasi, cekap, komited dan positif)

A : Akauntabiliti

     ( Bertanggungjawab, berdisiplin, telus)

I : Integriti

    ( Trampil, bersih hati, wibawa, budi pekerti, peribadi mulia, taat setia, patuh, berwawasan)

K : Kerja Berpasukan

     ( Berpadu tenaga, kerjasama, tolong menolong, strategik dan berwawasan)

 

Keterangan Logo Baru JAHEAIK

logo jaheaik resize

  • Warna Merah : Berani Membuat Keputusan.
  • Warna Kuning : Agama Islam di bawah naungan Tuanku Al-Sultan.
  • Warna Putih : Suci, Arif dan Bijaksana.
  • Kepelbagaian warna : Islam untuk semua bangsa dan warna kulit.
  • Bentuk Bulatan : Islam memenuhi keperluan sejagat.
  • 1950 : Tahun Penubuhan Awal Pejabat Agama.
  • Buku : Berasaskan ilmu dan menyebarkannya.
  • Bintang Bersudut 5 : Merujuk kepada 5 Pelan Transformasi Ummah iaitu Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman & Salaman.
  • Bintang Pecahan 10 : Mempunyai cawangan pejabat agama di 10 jajahan.
  • Bulan Sabit : Kedaulatan Islam.
  • 2 Jata Negeri : Merujuk kepada sebuah jabatan di bawah kerajaan Negeri.
  • Kubah Masjid : Melambangkan budaya masyarakat yang kuat beragama sesuai dengan jolokan Serambi Mekah.
  • Tulisan Jawi : Melambangkan sebuah jabatan yang bergerak seiring dengan Peredaran masa dan berani membuat perubahan.
  • Tulisan JAHEAIK : Merupakan Akronim untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
TOP KELGOV PPST
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
AMANAT KHAS DKS

LAMAN WEB RASMI JAHEAIK

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!