JAHEAIK Bongkar Dokumen Nikah Palsu




Pada 29 Januari 2007 yang lalu JAHEAIK berjaya membongkar sindiket pemalsuan dokumen nikah dalam operasi bongkar dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dalam opersai itu pihak JAHEAIK telah berjaya menahan seorang jurunikah palsu dan dua orang pembantu kerana dipercayai mengendalikan urusan pernikahan ke atas lebih 100 pasangan termasuk orang kenamaan.|Pada 29 Januari 2007 yang lalu JAHEAIK berjaya membongkar sindiket pemalsuan dokumen nikah dalam operasi bongkar dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dalam opersai itu pihak JAHEAIK telah berjaya menahan seorang jurunikah palsu dan dua orang pembantu kerana dipercayai mengendalikan urusan pernikahan ke atas lebih 100 pasangan termasuk orang kenamaan.Dalam serbuan itu, sebanyak 118 sijil nikah palsu dan 31 cop palsu melibatkan sebilangan nama kadi daerah, hakim Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, cop Jabatan Pendaftaran dan Cop mohor Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Disamping itu pihak JAHEAIK juga berjaya merampas beberapa borang keputusan saringan HIV dari Kementerian Kesihatan.

Turut dirampas dalam serbuan itu juga beberapa sijil nikah asal yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Narathiwat dan beberapa senarai nama pasangan yang dinikhakan oleh jurunikah palsu. Mereka yang terlibat dengan kes pernikahan palsu ini boleh boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 39 dan 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002. Manakala supek yang ditangkap kerana menjalankan sendikit pernikahan palsu juga boleh didakwa dibawah seksyen 10 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM 10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Menurut hasil siasatan yang dibuat, pasanagan yang berkahwin dengan sindiket ini adalah pasangan yang bermasalah termasuk yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri yang pertama, tidak mendapat kebenran keluarga atau tanpa pengetahuanibu bapa. Pasangan-pasangan tersebut sanggup membayar kepada sindiket tersebut antara RM 2,000 hingga RM10,000 bagi urusan perkahwinan tersebut termasuk penyediaan segala segala dokumen yang diperlukan.

Sebahagian Peralatan Yang Digunakan Untuk Memproses Dokumen Perakuan Nikah Palsu




Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:27

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3314
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19477
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140015
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416674

Kami ada 68 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000012 saat **